Pages

Thursday, 21 March 2019

TATA TERTIB PELAJAR MAAHAD TAHFIZ MIFTAHUL KHAIR

🔺 Setiap pelajar diwajibkan menghormati sesama pelajar serta beradab sopan kepada semua asatizah dan kakitangan sekolah sama ada di dalam atau di luar ma'had.

🔺 Pelajar - pelajar hendaklah menjaga kebersihan diri, kawasan ma'had dan juga barang - barang  keperluan ma'had. Tidak dibenarkan menconteng meja, dinding tandas dan buku-buku yang disediakan.

🔺 Pelajar tidak dibenarkan keluar dari kawasan ma'had tanpa kebenaran daripada ustazah. Sekiranya berlaku sebarang kemalangan atau sebarang perkara yang tidak diingini keatas pelajar disebabkan pelajar tersebut menghilangkan diri sewaktu pengajian sedang berjalan, pihak ma'ahad tidak akan bertanggungjawab di atas kemalangan yang menimpa diri pelajar  tersebut.

🔺 Pakaian hendaklah mengikuti sunnah. Jubah, tudung labuh tanpa sulam iaitu tidak menampakkan ciri-ciri tabarruj (perhiasan) dan berkasut hitam yang sesuai dengan akhlak pelajar seorang pelajar agama (tidak bertumit tinggi)

🔺 Pelajar dilarang keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran ustazah.

🔺 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan bercuti kecuali hari-hari yang telah ditetapkan. Sekiranya terdapat kecemasan, perlulah memohon cuti daripada ustazah

🔺Pelajar yang sakit dan tidak dapat hadir ke ma'ahad hendaklah membawa surat MC (bagi yang membuat rawatan.

🔺Pelajar-pelajar yang sakit tidak masuk kelas hendaklah terlebih dahulu memberitahu ustazah.

🔺Pelajar-pelajar tidak dibenarkan membuat bising dan bergaduh semasa ketiadaan ustazah yang boleh menimbulkan masalah kepada pihak ma'ahad.

🔺 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan melibatkan diri dalam bidang politik.

🔺Setiap pelajar hendaklah mengamalkan makan, minum, buang air dan lain-lain dengan cara sunnah

🔺 Segala tatatertib ma'ahad dan sunnah bukan hanya dipatuhi di ma'ahad bahkan hendaklah dikekalkan ke rumah dan di mana-mana sahaja.

🔺Kedatangan adalah wajib. Waktu pembelajaran adalah tepat pada waktu nya.

🔺Dilarang memakai barang kemas seperti cincin, gelang tangan, gelang kaki, rantai leher, loket serta perhiasan dan barangan kosmetik.

🔺Tidak dibenarkan membawa barangan peribadi seperti diari, album, sticker cartoon, dan seumpamanya yang boleh mencemarkan nama seorang pelajar agama.

🔺Pelajar-pelajar tidak dibenarkan membawa, memakai barangan berjenama sebagai satu lambang kemegahan.

🔺Tidak dibenarkan membawa handphone, walkman, MP3, MP4, PSP. Sekiranya didapati mana-mana pelajar membawa barangan tersebut, pihak ma'ahad akan merampas dan tidak akan mengembalikannya.

🔺Sifat ikram sesama pelajar perlu diamalkan dan pelajar perlu mempunyai sifat amanah diantara pelajar, ustazah dan barang-barang milik ustazah.

🔺Tidak bercakap sia-sia yang boleh melalaikan fokus daripada hafazan.

🔺Tidak meninggikan suara semasa bercakap-cakap semasa rehat. Tidak menceritakan tentang program-program drama TV atau video atau hiburan kepada rakan-rakan didalam kelas atau semasa rehat.